"Gambar Mesin Jahit Juki - Mengungkap Teknologi Terkini"
Harga Mesin jahit Portable dan Industri
Setiap model mesin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, antaranya adalah untuk jahit lurus,
jahit tepi, jahit lubang butang, butang, interlock dan lain-lain.
Secara umumnya, mesin jahit juga terbahagi kepada dua katagori iaitu:-
Machine jahit industri (untuk kegunaan pukal), dan Machine Jahit portable (untuk kegunaan rumah)
Anggaran Harga mesin jahit portable
Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “mesin home portable”
merupakan mesin yang mampu melakukan lebih banyak jenis jahitan berbanding mesin jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai produk jahitan
seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.
PROS :
1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, dll)
4. harga lebih murah
5. jimat ruang
6. Jahitan perlahan (menjadi CONS jika pengguna ialah seorang yang mahir)
CONS :
1. had penggunaan 2~3jam
2. motor kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Jahitan perlahan (menjadi PROS jika pengguna ialah beginner)
JENAMA MESIN (Anggaran Harga 2017)
terdapat pelbagai jenama mesin jahit portable yang dijual di pasaran Malaysia kini, antaranya adalah :
1. Singer RM590- RM890
2. Brother RM690 – RM1200
3. Juki RM499 – RM990
4. Global RM99 – RM250
Jenis jenis Mesin Jahit Industri
Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai Mesin Jahit high speed, adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal .
Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.
PROS :
1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)
CONS:
1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja
Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah Karysma dan Jack, walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.
Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, konwa, yamato dan Ah hee adalah lebih murah tetapi kualitinya juga agak baik.
Jenis jenis Mesin jahit Industri
1. Jahit lurus
Mesin jahit lurus adalah khas untuk jahitan lurus sahaja inaitu mencantum dua lapisan kain, anggaran harga bagi Jenama yang ada ialah seperti berikut:-
Karysma Y1 Direct Drive
RM1500
Karysma Y2 Autocut
RM1800
Karysma Y4 Autocut Auto bartacking auto foot Lift
RM2500
Karysma Y5 Anti Birdnest, Built in oil Pan, RM2800
Tags: jahit mesin gambar juki