... Harga Mesin Jahit Digital: Panduan Lengkap dan Ulasan Terbaru 2024

Harga Mesin Jahit Digital - Panduan Memilih Alat Jahit Modern untuk Karya Sulam dan DIY Anda

Harga Mesin jahit Portable dan Industri

Setiap model mesin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, antaranya adalah untuk jahit lurus,
jahit tepi, jahit lubang butang, butang, interlock dan lain-lain.

Secara umumnya, mesin jahit juga terbahagi kepada dua katagori iaitu:-
Machine jahit industri (untuk kegunaan pukal), dan Machine Jahit portable (untuk kegunaan rumah)

Anggaran Harga mesin jahit portable

Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “mesin home portable”
merupakan mesin yang mampu melakukan lebih banyak jenis jahitan berbanding mesin jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai produk jahitan
seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.

PROS :
1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, dll)
4. harga lebih murah
5. jimat ruang
6. Jahitan perlahan (menjadi CONS jika pengguna ialah seorang yang mahir)
CONS :
1. had penggunaan 2~3jam
2. motor kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Jahitan perlahan (menjadi PROS jika pengguna ialah beginner)


JENAMA MESIN (Anggaran Harga 2017)
terdapat pelbagai jenama mesin jahit portable yang dijual di pasaran Malaysia kini, antaranya adalah :
1. Singer RM590- RM890
2. Brother RM690 – RM1200
3. Juki RM499 – RM990
4. Global RM99 – RM250

Jenama Mesin Jahit Terbaik di Malaysia 2024

Mesin Jahit Riino Dual Speed SEW01

Sesuai untuk level beginner - intermediate, Mesin Jahit portable + harga bajet. 12 fungsi corak jahitan terbina dalam dan waranti 2 tahun dari Riino

Anggaran bawah 1000 jahitan/minit + dual kawalan kelajuan, ada pita pengukur, carry handle & pemotong benang

Bagi yang mempunyai anggaran bajet yang kecil, sangat rekomen Mesin Jahit portable model SEW01 buatan Malaysia dari Riino ini. Sesuai digunakan untuk jahitan asas bagi yang baru belajar menjahit. Mesin Jahit portable ini memiliki fungsi yang senang dengan 12 corak jahitan yang berbeza, dual kawalan kelajuan – laju atau perlahan untuk dipilih, serta dilengkapi banyak ciri sedia terpasang seperti pita pengukur, pemotong benang dan pelaras ketegangan. Walaupun fungsi nya agak basic, tapi ianya boleh jahit secara forward dan reverse juga untuk secure jahitan itu. Tak perlu risau kalau benang tertarik sebab ada fungsi thread rewind secara automatik juga. Malah, senang dan ringan juga untuk diangkut ke mana-mana dengan carry handle yang terbina dalam. Mesin Jahit ini beroperasi dengan kuasa DC6V 1200mA / 4 “AA” bateri dan dikawal dengan pedal kawalan kaki atau jahitan tangan untuk memulakan jahitan. Seperti mana-mana Mesin Jahit yang biasa, ada lampu terbina dalam juga. Sangat berbaloi untuk dibeli sebab ada waranti 2 tahun dan boleh dapatkan extension table dan kit jahit dengan percuma.

Scan & Add to Cart

Mesin Jahit Singer HD6335M Heavy-Duty Denim

Sesuai untuk kegunaan heavy duty, harga mampu milik

32 fungsi corak jahitan terbina dalam dan waranti 1 tahun dari authorized dealer dengan sticker SIRIM sahaja

Apa Itu Mesin Jahit Singer?

Mesin jahit Singer merupakan jenama mesin jahit dari USA yang terkenal sejak kemunculannya pada tahun 1851.

Anda boleh menggunakan pelbagai mesin jahit dari jenama ini untuk keperluan rumah tangga hingga industri.

Hasil jahitan pada mesin ini lebih kemas kerana sudah mempunyai teknologi yang boleh memudahkan anda mendapatkan jahitan yang bagus.

Terdapat pelbagai model mesin jahit dan anda boleh menyesuaikannya mengikut keperluan anda.

Bermula dari mesin jahit penyanyi lama, mesin jahit lurus industri, sulaman, butang, mesin jahit tepi hinggalah mesin jahit Singer mini mudah alih, semuanya ada.

Malah, semuanya lebih mudah dengan beberapa jenis mesin jahit berkomputer yang boleh anda sediakan dengan lebih mudah.

Jadi, mesin jahit ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda yang ingin memulakan perniagaan perolakan atau sekadar hobi menjahit.


Tags: jahit mesin

`Lihat Lagi
@ 2024 - Tenun Indonesia