... Mesin Jahit Siruba: Panduan Lengkap untuk Pemula dalam Kerajinan Jahit DIY

Menjelajahi Kecantikan Mesin Jahit Siruba dalam Dunia Kerajinan Tangan dan DIY

Mesin Jahit Industri – Jenis-Jenis dan Fungsinya

Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai Mesin Jahit high speed, adalah machine jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal. Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.

PROS :
1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)

CONS:
1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja

Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah JUKI,
walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.
Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, JACK, Siruba dan juga Brother adalah lebih murah berbanding JUKI,
kualitinya juga baik.

Jenis jenis Mesin jahit Industri


1. Mesin Jahit industri lurus

Juki Clutch Motor RM1900 (Jenis motor size BESAR dan berdesing bunyi nya)
Juki Servo Motor RM2200 (Jenis motor yang SENYAP)
Juki Auto Thread Trimmer RM3600 (Auto Potong benang sebaik shj habis jahitan- tak perlukan kacip)
Singer Clutch Motor RM1800
Singer Direct Drive RM2200 (Sistem Direct Drive ialah Motor berkomputer yang boleh kawal SPEED)
Singer Auto Thread Trimmer RM3200
Jack Direct Drive Speed control RM1600
Jack Auto Thread trimmer RM2600

Jenis jenis Motor Mesin jahit Industri

Dalam video ini ada menerangkan perbezaan antara motor mesin jahit jenis Direct Drive, Servo motor dan Clutch motor


Tags: jahit mesin siruba

`Lihat Lagi
@ 2024 - Tenun Indonesia