... Sanoskin untuk Luka Jahitan: Panduan Praktis untuk Perawatan Luka Setelah Jahitan

Sanoskin - Solusi Ampuh untuk Merawat Luka Jahitan dalam Kerajinan Tangan dan DIY

Cara betul untuk menjaga luka jahitan bersalin

Oleh itu, seorang jururawat bernama Noor Shafinah Mamat berkongsi cara penjagaan jahitan bersalin yang betul sekiranya ia terbuka atau terkoyak.

Berikut perkongsian daripadanya:

#1. Mencuci luka

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah selepas mandi atau buang air kemudian baring secara terlentang dan tinggikan sedikit bahagian kepala.

Selepas itu, lap di bahagian tersebut sampai kering dengan menggunakan tisu gulung atau tuala kering.

Ambil masa sedikit untuk terus baring dan anginkan luka itu sebelum letak ubat kuning dalam lima minit.

Selepas sapu ubat kuning anginkan lagi dalam masa lima minit lagi dengan menggunakan kipas kecil yang senang untuk mengeringkan tempat jahitan.

#2. Spray bottle

Botol spray ini boleh dibeli daripada kedai dua ringgit di mana anda boleh isi dengan ubat kuning jadi memudahkan untuk anda spray di bahagian jahitan tersebut.

Kalau boleh spray banyak-banyak supaya bahagian lipatan turut terkena sama.

Jika ubat kuning habis boleh beli di farmasi Klinik Kesihatan. Ini kerana kalau hanya guna kapas susah nak kena di bahagian dalam jadi jahitan lambat nak kering dengan betul.

#3. Kurang berjalan tapi boleh bersenam

Selain itu, kalau boleh kepit celah kangkang dan jangan kangkang terlalu luas semasa berpantang supaya jahitan cepat bercantum dengan sempurna.

Anda juga disarankan membuat senaman kegel yang menggalakkan peredaran darah ke bahagian tempat luka supaya sembuh dengan lebih cepat.

Penjagaan jahitan bersalin

foto: simply noorul

1. Menjaga Kebersihan

Pastikan kawasan perineum bersih dengan baik untuk mengelakkan jangkitan. Ambil langkah berikut:

  • Mandi: Mandi air suam setiap hari atau mengikut keperluan. Elakkan menggunakan sabun wangi atau produk pembersih yang keras, yang boleh merengsakan jahitan.
  • Lap Kering: Selepas mandi, keringkan kawasan perineum dengan lembut dengan tuala bersih atau kertas tisu lembut. Elakkan menggosok kawasan jahitan.

2. Mengurus sakit dan bengkak

Jahitan selepas bersalin selalunya akan membuatkan anda berasa sakit atau bengkak. Menguruskan kesakitan ini adalah langkah penting untuk kesejahteraan anda:

  • Ubat tahan sakit: Ambil ubat penahan sakit yang disyorkan oleh doktor anda. Biasanya, ubat seperti paracetamol atau ibuprofen selamat untuk dimakan selepas bersalin.
  • Mampatan sejuk: Letakkan pek ais yang dibalut dengan kain katun pada bahagian yang bengkak selama 10-15 minit. Ini akan membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak.

3. Urut Perineal

Urutan perineal boleh membantu meningkatkan peredaran darah, menggalakkan penyembuhan, dan mengurangkan ketidakselesaan:

Lakukan urutan lembut pada kawasan perineum menggunakan minyak atau krim yang selamat. Urut dalam gerakan bulat lembut selama beberapa minit setiap hari.

4. Perhatikan tanda-tanda jangkitan

Tanda-tanda jangkitan di kawasan jahitan perineum perlu diberi perhatian dan dilaporkan kepada doktor jika ia berlaku:


Tags: jahit untuk luka

`Lihat Lagi
@ 2024 - Tenun Indonesia